Kesan Kesihatan Berilium

Berilium adalah sangat berbahaya jika disedut. Kesannya bergantung kepada kandungan yang didedahkan dan jangka masa pendedahan. Jika paras udara berilium sangat tinggi (lebih tinggi daripada 1000 μg/m³), keadaan akut boleh berlaku. Keadaan ini menyamai pneumonia dan dipanggil penyakit berilium akut. Piawaian udara komuniti dan tempat kerja adalah berkesan dalam mengelakkan kerosakan peparu yang paling akut.

Sesetengah orang (1-15%) akan menjadi sensitif (alah) kepada berilium. Orang-orang ini akan mendapat tindak balas keradangan pada sistem pernafasan. Keadaan ini dipanggil penyakit berilium kronik (CBD), dan boleh berlaku setelah pendedahan bertahun-tahun kepada paras berilium lebih daripada normal {lebih daripada 0.2 μg/m³). Penyakit ini boleh menyebabkan rasa lemah dan kelesuan, dan juga kesesakan bernafas. Ini boleh menyebabkan anoreksia, susut berat badan, dan boleh juga menyebabkan pembesaran bahagian kanan jantung dan penyakit jantung dalam kes-kes peringkat lanjut. Sesetengah orang yang alah kepada berilium mungkin atau mungkin tidak akan mendapat simptom-simptom ini. Bilangan penduduk pada umumnya jarang mendapat penyakit berilium akut atau kronik kerana paras berilium dalam udara ambien adalah pada kebiasaannya sangat rendah (0.00003-0.0002 μg/m³).

Menelan berilium tidak pernah dilaporkan menyebabkan kesan kepada manusia kerana berilium diserap sangat sedikit oleh perut dan usus. Ulser dikesan pada anjing yang mempunyai berilium pada pemakanannya. Berilium yang terkena kulit yang mempunyai luka atau terkikis mungkin akan menyebabkan radang atau ulser.

Pendedahan jangka masa panjang kepada berilium boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit barah peparu di kalangan orang ramai.

United States Department of Health and Human Services (DHHS) dan International Agency for Research on Cancer (IARC) telah memberi kepastian bahawa berilium adalah karsinogen kepada manusia. EPA menjangkakan bahawa pendedahan seumur hidup kepada 0.04 μg/m³ berilium boleh menyebabkan satu perseribu kebarangkalian untuk menghidap barah.

Tidak terdapat mana-mana kajian tentang kesan pendedahan berilium terhadap kanak-kanak. Kemungkinannya kesan kesihatan yang dilihat pada kanak-kanak yang terdedah kepada berilium adalah sama dengan kesannya terhadap orang dewasa. Kita tidak lagi mengetahui sama ada terdapat perbezaan dalam kesan terhadap berilium antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Kita juga tidak mengetahui sama ada pendedahan terhadap berilium boleh menyebabkan kecacatan sejak lahir atau lain-lain kesan yang berlanjutan kepada orang ramai. Kajian terhadap kesan lanjutan terhadap haiwan adalah tidak konklusif.

Berilium boleh disukat dalam air kencing atau darah. Kandungan berilium dalam darah atau air kencing boleh memberi petunjuk kepada berapa banyak atau berapa lama anda telah terdedah. Paras berilium juga boleh disukat daripada sampel peparu dan kulit. Ujian-ujian ini biasanya tidak terdapat dalam bilik doktor, tetapi doktor boleh menghantar sampel ke makmal yang dapat melakukan ujian tersebut.

Satu lagi ujian darah, iaitu beryllium lymphocyte proliferation test (BeLPT), mengenal pasti alahan terhadap berilium dan memberikan jangkaan terhadap CBD.

Paras berilium biasa yang mungkin dilepaskan ke dalam udara daripada kawasan perindustrian adalah pada tertib 0.01 μg/m³, dipuratakan pada tempoh 30 hari, atau 2 μg/m³ dalam bilik kerja dengan syif kerja 8 jam.